My Blog

Just another WordPress.com weblog

Archive for January 2010

Brain’s Digest

leave a comment »

A story of a father who raise up his gifted child. This last chapter is good for brain digestion.

Oksigen
Dari sudut zahir, kita berfikir melalui fungsi dan tugas otak. Otak, yang nisbah beratnya adalah 2% hingga 5% dibandingkan dengan berat badan, memerlukan lebih dari 20% nisbah bekalan oksigen. Jika berkurangan, fungsi otak kita akan terjejas dan tergugat (spt mula pening, pelupa, mengantuk, pengsan, sawan, koma, atau mati).
Kita perlu tahu apakah hal2 yang boleh menyebabkan berkurangnya bekalan oksigen kepada sistem saraf dan otak kita seperti: Sering atau mudah marah, stres, geram, benci, khianat, sedih, hiba, khuatir, dsb (sbb2 yg sama spt yg telah diterangkan diatas).

Merokok kerana bahan dari asap rokok mengandungi karbon monoksid yang memisahkan sel2 darah merah (haemoglobin) yang bertugas untuk mengangkut bekalan oksigen ke sel2 dan tisu2 badan serta otak. Asap dari kereta juga mempunyai kesan yang sama. Oleh itu elakkan diri dari berada terlalu lama di tempat letak kereta bawah tanah.

Tubuh yang terlalu gemuk atau berat bererti perjalanan darah lebih sempit, rumit dan panjang. Hal ini membuatkan bekalan oksigen susah dikirimkan. Banyak tidur, tidak aktif atau bersenam yang bererti alliran darah tidak lancar.

Semasa demam panas banyak oksigen digunakan yang dirasa sebagai ‘suhu panas’. Bila sering uzur, banyak zat dan oksigen digunakan untuk melawan hama, virus atau bakteria, dan juga utk pemulihan bukan pembangunan.

Latihan utk meningkatkan oksigen
Bagi meningatkan bekalan oksigen kita boleh mengamalkan latihan2 berikut:
Selalu bernafas dalam2 (deep breathing)
Bernafas secara rentak (rythmic breathing)
Sering buat: Bernafas dengan kiraan 7; tahan nafas dgn kiraan 7; keluarkan nafas dgn kiraan 7; Bernafas semula dgn kiraan 7; dan seterusnya. Mula dengan kiraan2 yang rendah dahulu.
Selalu amalkan latihan bernafas ini dan apabila membuatnya, berzikirlah sambil menggambarkan sesuatu yg indah, baik, mulia dan yang diberkati.
Biri dan tolak tangan dan kaki(strecth) sejauh2 nya (strecth body, hands and legs); tahan keadaan itu (hold) selama kiraan 15-20. Ulangi 3- kali atau lebih.
Apabila duduk, kita buat latihan EK, dan latihan “tekanan otot tangan, leher dan peha”.

Protein
Protein amat penting bukan hanya untuk pembinaan tisu2 badan malah dari protein, kita akan bekalkan otak kita dengan bahan yang dipanggil dopamine. Dari dopamine, sel2 otak kita akan mampu menghasilkan bahan noradrenaline atau noripeniphrine yg sangat2 diperlukan dalam proses: menyimpan, menyusun,menghantar, melekat dan membina cabang2 dalam sistem otak. Proses2 inilah yang terlibat setiap kali kita belajar, mengingat, menghasilkan sesuatu yang kreatif dan sebagainya.

Sumber2 protein yang baik adalah: soya, ikan, telur, tairu, keledek, keladi, kentang,sayur, bijirin, kekacang, tempe, tauh dan daging putih. Kami tidak menggalakkan daging merah, susu lembu, dan makanan laut. Makanan harian yang amat penting adalah yang dimakan waktu sarapan. Berilah anak sarapan yang mengandungi lebih banyak protein.

Karbohidrat
Jangan beri anak makanan yang mengandungi banyak karbohidrat yang mudah diproses (simple-regined carbohydrates) kerana karbohidrat yang mudah diproses cepat menghasilkan bahan tryptophan yang akan digunakan dalam sel2 otak bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin memang penting, jika terlalu banyak, ia akan membuat anak mudah mengantuk.

Karbohidrat yang mudah dan diproses juga menimbulkan masalah kencing manis, badan gemuk, hiperaktif dan keletihan. Bahan2 karbohidrat ‘mudah dan diproses’ yang tidak digalakkan adalah gula pasir, coklat, tepung gandum, cornflakes, roti perata, sirap maple, pancakes, kuih muih yang manis, biskut atau roti tepung putih, aiskrim dan sebagainya.

Karbohidrat yang baik adalah sayur, kentang, keledek, keladi, roti wholemeal, ikan, nasi, soya, kekacang, bijirin, dan sebagainya. Sarapan yang elok utk anak adalah nasi goreng yang mengandungi berbagai2 protein, sayur, telur, tauhu, kacang. Minuman yang amat baik adalah air putih. Alhamdulillah.

Akhir kata, rajin2kan diri makan buah2an. Bangun dari tidur, terus capai buah. Perut kosong elok makan buah. Kadar serapan buah ke dalam tubuh lebih tinggi ketika ini. Keadaan ini samalah ketika berbuka puasa, di mana Rasulullah menggalakkan kita makan kurma sebelum menjamah makanan lain.

Written by bezita77

January 18, 2010 at 2:08 pm

Posted in PQ

Morse Code

leave a comment »

Learnt this from primary school in Scout. Reloading Morse Code program in progress…

Written by bezita77

January 2, 2010 at 1:14 pm

Posted in RFID

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.